• 1

Masalah Keputihan Adakah Merbahaya

31Tentu anda semua biasa mendengar keputihan, namun tahukah anda apakah itu keputihan. Keputihan yang di alami rata-rata wanita ialah lelehan lendir melalui faraj. Ia sering menghantui wanita dengan pelbagai persoalan iaitu masalah keputihan adakah merbahaya ?

Bagi wanita mereka risau apabila keluar keputihan, kerana risau keputihan adakah keputihan menunjukkan masalah dalam rahim atau masalah kesuburan. Sebenarnya keputihan adalah normal, pengeluaran lendir melalui faraj dan pangkal rahim adalah untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluaran lendir. Antara fungsi lendir ialah sebagai pelindung sel-sel dalam faraj, sebagai pelincir ketika bersetubuh, sebagai peranan pencantuman benih lelaki dan wanita bagi tujuan persenyawaan serta membekalkan makanan dan tenaga kepada benih lelaki.

 

31Namun perubahan pada keputihan seperti warna dan berbau mungkin juga tanda penyakit atau tidak. Dalam masalah  keputihan biasanya disebabkan jangkitan kulat. Ia boleh terjadi pada setiap wanita mahupun pada wanita sedang hamil. Jika keadaan semakin serius anda dinasihatkan berjumpa doktor kerana dikuatiri menghidapi kencing manis ketika hamil dan berisiko lahir bayi pramatang. Pada wanita yang tidak hamil ia juga mungkin keluar kerana stress atau imun tubuh yang tidak stabil yang menimbulkan beberapa masalah.

 

Mari kita kenali keputihan melalui rupa dan perubahannya:

  1. Jernih : Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
  2. Putih : Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
  3. Putih pekat : Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
  4. Coklat : Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
  5. Merah muda : Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
  6. Kelabu : Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.
  7. Kuning kehijauan : Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.
  8. Kuning : Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

40

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.

INFO : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.

 

Di dalam shaklee juga ada yang dapat membantu masalah keputihan. Ia ialah Alfalfa Complex. Anda boleh klik sini untuk maklumat lanjut :)

alfalfa

Sumber

  • Dr Zubaidi
  • PaMa 

Leave a Reply